Minggu, 25 Maret 2012

SUDIKAH ENGKAU MENJADI IMAM DI SETIAP SHOLATKU



Satu ketika kau b'tanya.....
Sudikah kau menjadi MAKMUM disetiap solatku..
agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknya..
sudikah kau menjadi Pendidik hati dan jiwaku agar rohaniku terisi hikmahNya.
dan akhlakku terjaga hendaknya

sudikah kau menjadi Pemerhati setiap gerak dan langkahk agar ku tahu mana salah dan buruk lakuku
sudikah kau menjadi teman di kala suka dan dukaku agar satu hari,jika ujian itu datang air mataku ada yg menghapuskan..
sudikah kau menjadi Pembela diriku dan agamaku agar aku terus berada di atas jalan yang benar

sudikah kau menjadi Penggerak semangatku..
agar bila aku lesu kau mampu membei bantuan walau hanya sekadar senyuman

Tanpa raguku menjawab...
"Ya, Aku sudi..Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,aku kembalikan tanya ini kepadamu..sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?Sudikah kau pula menjadi Imam,Penjaga,Pendidik, Pembela nanti jika aku sudah tidak mampu lgi menjadi Makmum di setiap solatmu..Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu,menemanimu, membelamu, Sudikah kamu?

Dan Aku percaya..kau masih sudi.."Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah...
dengan cara yang di Ridhoi oleh-Nya..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar